Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/6020
Title: Analisis Kepimpinan dalam Islam daripada Perspektif Kualiti dan Produktiviti
Authors: Ahmad Fazullah Bin Mohd Zainal Abidin
Nur Riza Bt Mohd Suradi
Keywords: Islam
Kepimpinan
Pengurusan
Kualiti
Produktiviti
al-Din
Issue Date: 28-Nov-2012
Abstract: Kajian kepimpinan menerusi kebanyakan sorotan kepustakaan memaparkan perkembangan yang memerlukan penyelidikan lanjutan. Ini kerana walaupun topik kepimpinan hangat diperbincangkan oleh penyelidik dalam pelbagai disiplin ilmu, ianya masih belum menemukan satu kesimpulan yang konkrit. Salah satu bidang keutamaannya ialah kepimpinan dalam konteks budaya Islam. Kepimpinan dalam Islam adalah unik, dinamik, malah merentasi masa, zaman serta budaya. Ini kerana dalam tamadun tradisional dan moden, Islam tetap diiktiraf sebagai satu sistem cara hidup (al-Din) komprehensifyang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Buktinya, bermula dengan siri-siri wacana kepimpinan dari perspektif Islam yang dibahaskan, akhirnya membentuk gagasan kepimpinan Islam yang tersendiri. Namun demikian, gagasan kepimpinan Islam termasuk kepimpinan sedia ada sedang menghadapi cabaran dunia globalisasi dipelbagai peringkat dalam usaha mempertingkatkan kualiti kemanusiaan dan tamadun ke arah yang lebih sempurna. Kemunculan beberapa istilah seperti pengurusan saintifik, pengurusan kualiti, produktiviti, kreativiti, inovasi dan sebagainya sedikit sebanyak memberi impak terhadap sistem kepimpinan itu sendiri. Justeru, tulisan ini cuba menganalisis kepimpinan dalam Islam dari kaca mata kualiti dun produktiviti dengan merujuk kepada sumber autentik dalam Islam serta sorotan kepustakaan yang berkaitan. Ini menunjukkan bahawa Islam mempunyaipendekatan unikdalam mengkaji hubungkait di antara aspek kepimpinan, kualiti dan produktiviti, sekaligus tidak menajikan kepentingan elemen-elemen pembaharuan dan penambahbaikan bagi menjamin kesejahteraan manusia dun persekitarannya.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6020
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis Kepimpinan dalam Islam daripada Perspektif Kualiti dan Produktiviti.pdf299.12 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.