Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/6025
Title: Kedudukan dan Peranan Kadi Syarie di Selatan Thailand dalam Penyelesaian Isu-lsu Kekeluargaan Islam
Authors: Iswanda Fauzan S
Keywords: Kedudukan dan peranan
Kadi syarie
Keluarga Islam
Issue Date: 28-Nov-2012
Abstract: Kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tentang kedudukan kadi syarie di selatan Thailand dan Isu-isu keluarga Islam yang berkaitan dengan wali dan poligami serta peranan kadi syarie dalam menyelesaikan isu-isu tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif maka penulis menggunakan metode kajian kepustakaan dan dibantu oleh kajian lapangan. Kajian lapangan melalui wawancara tokoh-tokoh agama yang terdiri daripada kadi syarie dan ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam dengan mengguna kaedah Purposive Sampling. Hasil kajian ini dapat mengenalpasti bahawa kedudukan kadi syarie diiktiraf oleh syarak dan Akta Pentadbiran Institusi Agama Tahun 1946 (fasal 10) sementara di sisi pegawai di pejabat kerajaan masih dipersoalkan. Masalah isu-isu keluarga Islam yang berkaitan dengan wali dan poligami turut dipermasalahkan kerana pihak pegawai di jabatan kerajaan menganggap bahawa undang-undang sivil mesti diutamakan dan diguna pakai oleh semua rakyat Thailand. Tentang peranannya umat Islam menaruh kepercayaan kepada kadi syarie walau kedudukan tidak diiktiraf oleh pegawai di jabatan kerajaan. Oleh itu, sebahagian besar isu-isu kekeluargaan yang berkaitan dengan wali dan poligami dapat diselesaikan secara damai melalui institusi kadi syarie.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6025
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.