Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/6033
Title: Transformasi dalam Kepimpinan lnstitusi Keluarga
Authors: Sharifah Meriam Syed Akil
Saedah Abd. Ghani
Othman Ab. Rahman
Muhamad Zaki Mustafa
Keywords: Keibubapaan
Kitaran kehidupan
Keluarga
Issue Date: 30-Nov-2012
Abstract: Keluarga merupakan organisasi penting dalam kehidupan seseorang. Keluarga dapat memberikan semangat dan dorongan untuk seseorang berjaya dalam tugas dan kerjayanya. Keluarga juga dapat membentuk sahsiah dan peribadi ahlinya sehingga menjadi individu yang cemerlang dan terkenal. Oleh itu tidak hairan apabila kita mendengar idaman seseorang untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Mereka tidak mahu keluarga yang bermasalah hingga berlarutan tanpa jalan penyelesaian. Mengapakan sesebuah keluarga itu bermasalah? Banyak faktor yang boleh membawa kepada sebuah keluarga itu bermasalah. Antara faktornya ialah masalah kepimpinan keluarga tersebut.Bila dibincangkan mengenai ketua keluarga, kita tidak boleh menolak peranan seorang bapa sebagai pemimpin atau ketua keluarga. Namun ada juga keluarga yang dipimpin oleh seorang wanita atau ibu apabila suaminya telah meninggal dunia atau diceraikan. Kejayaan dun keharmonian sesebuah keluarga berkait rapat dengan kualiti kepimpinan ketua keluarga tersebut. Justeru itu, Islam meletakkan bapa sebagai pemimpin dun ketua dalam sesebuah keluarga yang bertanggungjawab mempastikan agar mereka yang berada di bawah jagaannya berada dalam keadaan baik serta mengikut landasan yang diredhai oleh Allah swt. Fenomena hari ini menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak-anak dan remaja akibat dari kegagalan kepimpinan keluarga dalam mempraktikkan "Qudwah Hasanah" dalam keluarga mereka. Sungguhpun ibu bapa telah didedahkan dengan garis panduan pendekatan dalam kepimpinan keluarga bahagia, namun pelaksanaan kepada pendekatan tersebut telah menimbulkan implikasi positif juga negatif kepada ahli keluarga. Justeru itu isu kepimpinan sebuah keluarga seharusnya menjadi topik perbincangan berterusan kerana ia sentiasa berkembang mengikut arus perubahan kehidupan manusia.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6033
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Transformasi dalam Kepimpinan lnstitusi Keluarga.pdf349.6 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.