Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/6034
Title: TV AlHijrah: lnovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam
Authors: Zulkiple Abd Ghani
Musa Abu Hassan
Fauziah Hassan
Suria Hani A. Rahman
Keywords: TV AlHijrah
Penyiaran Islam
Media dakwah
Issue Date: 30-Nov-2012
Abstract: Penubuhan stesen TV AlHijrah pada tahun 2009 ternyata telah membawa satu inovasi baru dan mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islamik. Pembaharuan yang dinamik ini mencetuskan fenomena baru kepada seluruh dunia dengan pendekatan falsafah penyiaran yang berorientasikan Islam dan kandungan TV program yang telah disusun dan disiarkan untuk tontonan masyarakat. Konteks tajdid ataupun 'renewal'dalam media penyiaran yang dibawa oleh stesen TV ini sekaligus mengangkat imej positif Islam ke seluruh pelusuk dunia. Walaupun penubuhan stesen TV ini masih baru namun konsep Islam yang diperkenalkan nyata memberi perubahan besar dalam landskap dunia penyiaran. Penelitian awal juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara konsep penyiaran yang dibawa oleh TVAlHijrah dan stesen televisyen lain yang sedia ada. Justeru, kertas konsep ini akan menelusuri sejarah penubuhan TV AlHijrah serta meneliti objektif dan idea yang cuba dibawa oleh stesen ini. Selain itu, kajian ini juga akan cuba merungkai segala isu, cabaran dan pendekatan dakwah Islamiah yang dibawa oleh TV AlHijrah dalam usaha mencipta kreativiti baharu untuk mengubah landskap media penyiaran demi kebaikan dan pembangunan ummah sejagat.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6034
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
TV AlHijrah; lnovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam.pdf205.37 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.