Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/6201
Title: Kaunseling Kelompok Berorientasi Islam dalam Pengurangan Tekanan, Peningkatan Kepuasan Kerja dan Strategi Berdaya Tindak Guru
Authors: Sapora Sipon, Prof. Madya Datin Dr.
Keywords: Kaunseling kelompok
Islam
Issue Date: 5-Feb-2013
Abstract: lnovasi adalah dalam bentuk modul kaunseling kelompok berorientasi Islam ke atas pengurangan tekanan kerja, peningkatan kepuasan kerja dan strategi daya tindak. Berdasarkan kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, modul ini menunjukkan pengurangan tahap tekanan, peningkatan kepuasan kerja serta strategi berdaya tindak yang signifikan ke atas subjek kajian. Dari segi pembaharuan (novelty), modul ini telah memperkenalkan konsep, teknik dan sesi kaunseling kelompok yang berciri Islam. Modul ini berguna dari segi ia dapat mengurangkan masalah tekanan di tempat kerja, sangat relevan dalam bidang kaunseling serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan mental pekerja. Di samping itu, pelaksanaan modul ini ke atas pengurangan tekanan kerja adalah kos-efektif, menjimatkan masa serta mesra alam dan pengguna. Beberapa penulisan telah dihasilkan dari keberkesanan perlaksanaan modul ini dan diterbitkan dalam bentuk artikel dalam jurnal dan prosiding.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6201
Appears in Collections:Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA 2010)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.