Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/6750
Title: Kaedah Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab
Authors: Rosni Samah
Keywords: Arabic languages--Grammar
Arabic languages--Terms and phrase
Issue Date: 2013
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kemahiran menguasai sesuatu bahasa terletak kepada penguasaan kosa kata bagi bahasa tersebut. Bahasa boleh diumpamakan sebagai sebuah bangunan dan batu batanya sebagai kosa kata. Dalam mempelajari bahasa Arab, pelajar hendaklah menguasai kosa kata yang pelbagai. Untuk menguasai bahasa dengan baik, pelajar perlu mengumpul kosa kata yang banyak berulang dalam pelbagai bidang, dan membudayakan penggunaannya. Pengumpulan kosa kata boleh dicapai melalui aktiviti pembacaan, pendengaran dan interaksi. Buku ini menghurai isu-isu berhubung dengan pemilihan kosa kata, penguasaan dan penggunaan. Antara huraiannya ialah pandangan sarjana dalam bidang pengajaran bahasa Arab tentang kaedah pengajaran kosa kata, asas-asas pemilihan kosa kata seperti kekerapan, bidang penggunaan, ketersediaan dan kesesuaian pengajaran dan pembelajaran. Turut dihuraikan beberapa aktiviti yang boleh dipraktikkan bagi membantu peningkatan penguasaan seperti pendengaran, pembacaan, penggunaan kamus dan interaksi. Turut dikupas dalam buku ini beberapa aktiviti yang dapat membantu dalam mengingati dan membudayakan penggunaan kosa kata. Antara aktiviti yang dimaksudkan ialah membaca, menulis, menonton secara berterusan, menggunakan gambar, berinteraksi, terjemahan, aktiviti bahasa, perdebatan, lawatan sambil belajar dan permainan bahasa. Perbincangan buku ini diakhiri dengan pembentangan hasil kajian tentang perlaksanaan kaedah pengajaran kosa kata yang dijalankan oleh sampel guru. Antara kaedah yang dikemukakan ialah pemilihan perkataan, penterjemahan perkataan, penerangan makna perkataan, pengukuhan dan kaedah penggunaan. Hasil menunjukkan majoriti guru yang menjadi sampel kajian menggunakan pendekatan tersebut.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6750
ISBN: 7989674400015
Appears in Collections:Malay

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab25.pdf4.67 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.