Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/733
Title: Hak Wanita Dalam Pusaka Menerusi Ayat 11, 12 dan 176 Surah Al-Nisa’
Authors: Norzulaili Mohd Ghazali
Issue Date: 17-Mar-2009
Abstract: Sejarah membuktikan bahawa wanita pada zaman jahiliyah dipandang hina dan dianggap golongan yang membawa sial. Dunia yang ketika itu didominasi oleh lelaki telah menjadikan wanita mangsa diskriminasi. Kedatangan Islam sebagai din al-hanif telah mengangkat kedudukan dan martabat wanita sesuai dengan status mereka sebagai ibu kepada semua lelaki. Islam agama yang syumul telah mengembalikan hak kaum hawa yang telah dirampas buat sekian lama. Syariat Islam memberi hak kepada wanita dalam masalah perkahwinan, perceraian, pemilikan harta, pendidikan, pewarisan harta dan sebagainya. Kertas kerja ini membincangkan tentang salah satu hak yang diberikan kepada wanita iaitu hak pewarisan harta sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 11, 12 dan ayat 176 surah al-Nisa’. Keadaan pusaka wanita yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan kedudukan mereka sebagai anak, ibu, isteri, kakak atau adik perlu diperbahaskan agar tidak timbul prasangka buruk terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Description: The seminar was organized by UiTM, Johor on Sept 9th, 2006 at Renaissance Hotel, Melaka
URI: http://hdl.handle.net/123456789/733
Appears in Collections:Seminar Wanita dan Undang-Undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HAK WANITA DALAM PUSAKA MENERUSI AYAT 11, 12 DAN 176 SURAH AL-NISA’.pdf173.76 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.