Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/737
Title: Hak-Hak Isteri Dalam Perkahwinan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah
Authors: Robiatul Adawiyah Mohd
Issue Date: 17-Mar-2009
Abstract: Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang hak yang wajib suami tunaikan kepada isteri yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, antaranya hak mahar, nafkah, komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai hak wanita ke atas suami, lebih-lebih lagi pada era ini terdapat ramai wanita yang masih keliru tentang hak-hak yang wajib diperolehi daripada suaminya, contohnya hak mereka dalam bersuara, bekerja, hak terhadap harta sendiri dan harta sepencarian antara mereka dan sebagainya.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/737
Appears in Collections:Hak-Hak Isteri Dalam Perkahwinan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf202.84 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.