Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/7457
Title: Method Rasulullah dalam pembentukan Modal Insan
Authors: Noornajihan Jaafar
Issue Date: 14-Nov-2014
Abstract: Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan (human capital) antara agenda yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kepemimpinan YAB. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang ini, turut memberi tumpuan kepada pembangunan manusia. Menerusi gagasan Islam Hadhari, sumber manusia ini akan melalui satu skim program pendidikan menyeluruh yang turut merangkumi aspek kerohanian agar insan yang bakal dihasilkan nanti adalah insan yang berkualiti dan dinamik. Sewajarnya pembentukan modal insan yang idealistik bermula di peringkat kanak-kanak. Justeru, penulis akan membincangkan metod Rasulullah saw. dalam membentuk modal insan di peringkat kanak- kanak. Antara metod yang diaplikasikan oleh Rasulullah dalam proses ini ialah contoh tauladan, targib, denda dan hukuman. Apa yang dapat dirumuskan di sini adalah sumber manusia adalah aset terpenting kepada organisasi dan negara. Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu dimulakan sejak usia kanak- kanak kerana mereka adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/7457
Appears in Collections:Method Rasulullah dalam Pembentukan Modal Insan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Method Rasulullah dalam Pembentukan Modal Insan.pdf10.76 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.