Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/7459
Title: Program Tilawah Al-Quran di Masjid Bagi Golongan Bermasalah Penglihatan: Realiti Dan Cabaran Semasa
Authors: Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus
Ab. Halim Tamuri, Prof. Madya Dato' Dr.
Keywords: Mosque
Issue Date: 14-Nov-2014
Abstract: Program pengajian di masjid merupakan salah satu sistem pengajian berpusat terawal Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. semenjak lebih 1400 tahun yang lalu. Dokumen sejarah dan beberapa kajian telah membuktikan ,bahawa fungsi masjid bukan sahaja terfokus kepada program pengajian kerohanian malah berperanan sebagai one stop centre dalam memenuhi keperluan umrnah. Kajian ini dijalankan dengan mengenengahkan isu pengajian Tilawah al-Quran di masjid bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan sebagai sampel dan skop kajian. Objektif utama kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri masjid mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya OKU Penglihatan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menilai peranan masjid dalam membimbing OKU penglihatan khususnya dalarn mempelajari al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan membuat pemerhatian terhadap beberapa buah masjid sekitar Negeri Sembilan dan menjalankan beberapa sesi temubual dengan beberapa responden secara rawak. Selain itu, maklumat dan data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa keperluan masjid mesra OKU telah mula mendapat perhatian kepada pihak berwajib. Namun usaha-usaha seperti ini perlu diperkasa dengan menjadikan masjid sebagai one stop centre bagi golongan OKU khususnya OKU Penglihatan.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/7459
Appears in Collections:Program Tilawah Al-Quran di Masjid Bagi Golongan Bermasalah Penglihatan: Realiti Dan Cabaran Semasa



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.