Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/8190
Title: Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan Makanan Dalam Ikan Dan Makanan Laut Selepas Tsunami
Authors: Abdul Rahim, Dr. Alina
Salam Babji, Prof. Dr. Abdul
Abdullah Sani, Dr. Norrakiah
Mohd. Suradi, Pn Nuriza
Mohd. Kasim, Pn Zalifah
Pyan Tan, En. Bah
Issue Date: 1-Jan-2005
Publisher: Kolej Universiti Islam Malaysia
Abstract: Dalam kajian ini, 201 pengguna di dua buah pasar awam di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah diberikan soal selidik mengenai tahap penerimaan mereka terhadap ikan dan makanan laut selepas Tsunami. Organisasi kerajaan seperti Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Daerah serta Persatuan Nelayan dan J.K.K.K kampung Keda, Kuala Muda turut terlibat sebagai responden. 89.6% pengguna menafikan khabar angin mengatakan makanan laut selepas Tsunami tidak selamat dan tercemar akibat peristiwa tersebut. Tindakan pantas organisasi kerajaan yang terlibat secara langsung berasaskan sistem keselamatan dan pemantauan yang baik berperanan memperbaiki situasi, dimana sistem pengurusan kualiti seperti sanitary and phytosanitaly, analisis kualiti mikrobiologi, analisis bahaya titik kawalan kritikal (HACCP) dipraktikkan. Konsumer tidak mengalami masalah kesihatan sebelum mahupun selepas bencana Tsunami. Berdasarkan rekod daripada jabatan kerajaan, tidak ada masalah kesihatan dilaporkan setelah memakan ikan atau makanan laut sebaik sahaja selepas Tsunami. 46.5% responden yang mewakili kerajaan berpendapat yang sistem keselamatan dan pemantauan yang sedia ada berada pada tahap sederhana dan perlu diperbaiki agar setanding dengan standard antarabangsa. 48.4% responden merasakan pemantauan oleh beberapa organisasi kerajaan tidak berkesan dikawasan kritikal seperti gerai-gerai ditepi jalan. 33.3% responden mengatakan pihak penguasa tidak membuat pemantauan dikawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kritikal. Pengguna dan responden badan-badan kerajaan yang terlibat bersepakat mengatakan bahawa isu berkaitan bahan tarnbah dan pengawet, isu bahan kimia dan isu kesihatan boleh menjejaskan industri makanan laut tempatan walaupun tahap keselamatan makanan di Malaysia berada pada tahap yang baik sebelum dan selepas Tsunami. Pihak kerajaan dan orang ramai perlu lebih sensitif dan bekerjasama terhadap isu keselamatan makanan bagi memastikan ia sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Masyarakat nelayan masih lagi belum mendapat dana bantuan sepenuhnya seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan mengakibatkan mereka tidak dapat turun kelaut. Ditambah pula dengan masalah harga diesel meningkat, hasil tangkapan ikan turut terjejas. Di antara alasan kenapa nelayan meningkatkan harga ikan dan makanan laut selepas Tsunami yang diberikan responden nelayan ialah, 55.6% menyatakan tangkapan hasilan laut berkurangan, 1 1.1 % bermasaalah menjual ikan akibat permintaan merosot, oleh itu harga produk dinaikkan, dan 33.3% berbuat demikian untuk mengaut keuntungan. Jualan ikan dan makanan laut tidak terjejas akibat bencana Tsunami kerana rata-rata pengguna memakan ikan atau makanan laut seperti biasa.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/8190
Appears in Collections:Year 2005

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan abstrak.pdf5.52 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.