Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/9408
Title: KRISIS RUMAHTANGGA: PUNCA-PUNCA DAN CARA UNTUK MENGATASINYA MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH DAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
Authors: Haliza A. Shukor
Hasnizam Hashim
Intan Nadia Ghulam Khan
Keywords: Keluarga
Institusi
Masyarakat
Sosial
Issue Date: 2012
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: vol.4;
Abstract: Syariah Islam amat memandang berat terhadap sistem keluarga atau rumah tangga kerana ia berfungsi sebagai satu institusi yang corak, bentuk dan keadaannya akan menentukan pula corak, bentuk dan keadaan masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang akan mengisi kehidupan masyarakat kemudian hari dan menentukan bentuk kehidupan tersebut. Di samping itu, keluarga juga berfungsi sebagai tempat membina peradaban dan kebudayaan masyarakat serta perkembangannya. Terdapat lima asas institusi kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi, akidah, syarat, akhlak, cinta dan kasih sayang, persamaan, keadilan dan jaminan sosial. Namun begitu, krisis rumahtangga masih banyak berlaku di kalangan masyarakat Islam. Antara punca-punca krisis rumah tangga ialah pengetahuan dan pendidikan agama yang tidak sempurna, tekanan bebanan kerja, sikap pasangan, campur tangan pihak luar, masalah ekonomi dan sebagainya. Oleh yang demikian, artikel ini akann membincangkan tentang krisis rumah tangga, punca-punca dan cara untuk mengatasinya nenurut perspektif syariah dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan)1984. Adalah diharapkan agar artikel ini dapat menyemai kesedaran dan memberikan input berkesan dalam memahami tanggungjawah masing-masing dalam kehidupan berkeluarga.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9408
ISSN: 18234569
Appears in Collections:Kajian Syariah Dan Undang-Undang Siri 4

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian Syariah Dan Undang-Undang - Part 3.pdf904.78 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.