Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/9880
Title: Kesan Sistem Warisan Tanah Felda (Gsa) Ke Atas Ekonomi Merentasi Generasi: Pendekatan Teori Dasar Sosial (Tds)
Authors: Ishak, Nor Liana
Ahmad, Sanep
Keywords: Teori Dasar Sosial,
Agihan Pusaka Islam (Faraid),
GSA
Issue Date: 29-Apr-2014
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kajian ini bertujuan menganalisis kesan GSA ke atas ekonomi dan ekuiti generasi FELDA. Peraturan ini secara ekspicit telah menyekat pembahagian harta pusaka di kalangan waris yang mana hanya seorang penama sahaja akan dinamakan sebagai pemegang amanah. Walaupun kaedah ini baik untuk memastikan kelastrian FELDA tetapi menimbulkan permasalahan dalam isu agihan warisan. Apa yang berlaku adalah penama akan bertindak sebagai pemilik dan menafikan hak pewaris yang lain. Ini bermakna faedah hanya kepada seorang penama sahaja yang seolah olah rancangan FELDA hanya memberi kejayaan ekonomi kepada generasi pertama FELDA dan seorang warisnya tetapi gagal memperkukuhkan ekonomi generasi FELDA yang lain seterusnya. Persoalan ini perlu diteliti bagi menilai sejauh mana GSA membawa kesan positif dan negatif ke atas ekuiti generasi FELDA? Penilaian akan dilakukan berdasarkan teori Dasar Sosial. Dapatan kajian merumuskan bahawa berlaku ketidakseimbangan dalam agihan warisan tanah FELDA tetapi telah mendorong generasi felda menerokai sumber yang lain. GSA telah menyebabkan agihan pusaka tidak seimbang tetapi membawa kesan yang positif dalam penerokaan sumber lain.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9880
ISBN: 978-967-5852-25-1
Appears in Collections:Seminar Waqf Iqlimi 2014

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan Sistem Warisan Tanah Felda Gsa Ke Atas Ekonomi Merentasi Generasi.pdf166.14 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.