Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/9902
Title: Sistem Pewarisan Tanah Felda (Gsa) Dan Kesannya Keatas Hubungan Sosial Merentasi Generasi : Pendekatan Teori Dasar Sosial (Tds)
Authors: Ramli, Nurulafiza
Ahmad, Sanep
Keywords: Teori Dasar Sosial,
Agihan Pusaka Islam (Faraid),
GSA,
Generasi Kedua FELDA
Issue Date: 29-Apr-2014
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan GSA keatas hubungan sosial generasi FELDA. Peraturan GSA secara eksplisit telah menyekat pembahagian harta pusaka dikalangan waris yag mana hanya seorang penama sahaja akan dinamakan sebagai pemegang amanah. Walaupun kaedah ini baik untuk memastikan kelestarian FELDA dalam program pembasmian kemiskinan tetapi menimbulkan permasalahan dalam isu agihan warisan dan hubugan sosial. Apa yang berlaku adalah penama akan bertindak sebagai pemilik dan menafikan hak yang lain. Adakah ini telah menyebabkan perbalahan di kalangan generasi FELDA yang seterusnya? Persoalan ini perlu diteliti bagi menilai sejauhmanakah GSA membawa kesan positif dan negatif keatas hubungan sosial antara generasi FELDA? Penilaian akan dilakukan berdasarkan Teori Dasar Sosial berserta pembuktian kaji selidik. Dapatan kajian merumuskan bahawa walaupun peraturan ini boleh mengekal dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan tetapi boleh juga berlaku ketidakharmonian dalam generasi FELDA. Kebanyakan generasi kedua tidak mendambakan harta FELDA sebaliknya lebih mengutamakan dan mempertahankan hubungan kekeluargaan. Tetapi pandangan mungkin berbeza bagi generasi ketiga dan seterusnya yang mempersoalkan hak pusaka ibu bapa mereka.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9902
ISBN: 978-967-5852-25-1
Appears in Collections:Seminar Waqf Iqlimi 2014

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sistem Pewarisan Tanah Felda Gsa Dan Kesannya.pdf178.35 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.