Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/9965
Title: Zawiyatul Siber : remaja IT @masjid
Authors: Md Norwawi, Norita
M. Shuhud, Mohd Ilias
Syed Hassan, Syed Najihuddin
Keywords: Mosques as community centers
Issue Date: 2010
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Rasulullah telah menyatakan bahawa golongan pemuda yang terikat hatinya dengan masjid adalah di antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di Padang Mahsyar kelak. Baginda juga menyeru agar kita mengasihi dan meraikan golongan yang lebih muda ini dengan memberikan bimbingan yang berterusan kepada mereka. Mereka sebenarnya adalah generasi pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Namun begitu, perkembangan terkini mendapati wujudnya keciciran sesetengah golongan ini. Mereka dilaporkan terlibat dengan kegiatan tidak sihat yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Mereka lebih gemar melibatkan diri dengan gejala lepak di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan seperti karaoke, disko dan sebagainya. Siber kafe juga menjadi salah satu tempat pilihan mereka berkumpul dan bersosial sesama rakan sebaya. Senario sebegini menjadikan remaja mudah terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat seperti pembaziran masa dan wang dengan permainan komputer, melayari laman web yang tidak bermoral dan memuat turun bahan-bahan porno dari Internet. Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan agar program remaja IT@masjid untuk dilaksanakan di masjid-masjid dengan mewujudkan Zawiyatul Siber atau sudut siber yang berkonsepkan pendidikan Islam. Ini dapat membantu mengimarahkan masjid yang juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan latihan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasullullah . Konsep Zawiyatul Siber ini mestilah bersifat mesra remaja dan dalam masa yang sama mendidik pengguna remaja dengan etika dan adab pengguna IT Muslim. Perisian dan perkakasan yang bersesuaian dengan hasrat murni ini perlu dibangunkan untuk diaplikasikan seperti sistem pengoperasian komputer dari sumber terbuka Ubuntu for Muslim Edition yang dikenali sekarang sebagai Linux Sabily yang sememangnya dibangunkan berkonsepkan Islam.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9965
Appears in Collections:Seminar Warisan Nabawi kali kedua SWAN 2010

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
024.pdf999.22 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.