Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/1419
Title: Peranan ICT Dalam Mengendalikan Kursus-Kursus Pengajian Umum: Kajian Kes di KUIM
Authors: Nurdiana Azizan
Badrul Munir Muhammad Nur
Issue Date: 18-Mar-2009
Abstract: Subjek-subjek umum merupakan pendedahan awal mengenal kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar-pelajar apabila memasuki sesebuah institusi pengajian tinggi. Di Kolej Universiti Islam Malaysia, subjek-subjek umum tersebut merangkumi TITAS, Hubungan Etnik, Kemahiran Berfikir, Kemahiran ICT, Kemahiran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, Metodologi Penyelidikan dan Kokurikulum. Ia diperlukan bagi membolehkan pelajar menggunakan kemahiran tersebut di dalam bidang pengajian mereka dan seterusnya mengaplikasikan di dalam kerjaya mereka. Kertas kerja ini disediakan untuk memberi gambaran umum mengenai pengendalian subjek-subjek Pengajian Umum di Kolej Universiti Islam Malaysia, yang kebanyakan pelajarnya terdiri daripada lepasan STAM. Ia juga membincangkan tentang peranan, cabaran dan kesan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek umum yang ditawarkan di KUIM. Satu penyelidikan mengenai hal ini telah dilakukan ke atas siswa-siswi KUIM dan hasilnya didapati bahawa pencapaian dan prestasi pelajar adalah pelbagai bergantung kepada latar belakang dan bidang mereka ceburi. Ini merupakan cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar bagi memastikan pelajar dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari selaras dengan perkembangan zaman dan kemajuan ICT.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1419
Appears in Collections:Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU) 2006

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SKPU2006-91-100.pdf521.44 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.