Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18120
Title: Persepsi dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Fatwa Negeri Selangor
Authors: Ahmad Hidayat Buang
Che Rozaihan Che Rosli
Keywords: Fatwa
Mufti
Pentadbiran Islam
Mahasiswa Universiti
Selangor
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Di Malaysia pengeluaran fatwa ditadbir dan diinstitusikan melalui undang-undang negeri. Melalui peruntukan undang-undang, jawatan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa ditubuhkan yang berperanan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada masyarakat Islam dan kerajaan dalam perkara yang berkaitan dengan urusan agama Islam. Namun begitu isu berkaitan dengan keberkesanan fatwa, terutama mengenai penerimaannya oleh masyarakat dan juga agensi kerajaan masih lagi dipersoalkan. Kajian dan penulisan lepas menunjukkan masyarakat secara umumnya mempertikaikan beberapa keputusan fatwa yang kontroversi. Sehubungan dengan itu, kajian ini di samping cuba menganalisis latarbelakang pentadbiran, pengurusan serta perundangan fatwa di Malaysia, secara utamanya bertujuan mengenalpasti penerimaan masyarakat terhadap fatwa dengan mengambil mahasiswa sebagai sampel kajian. Dengan merujuk kepada beberapa fatwa yang telah diwartakan di negeri Selangor, melalui penggunaan instrument soal selidik, kajian ini akan menguji kefahaman dan penerimaan mereka terhadap fatwa berkenaan. Analisis dengan menggunakan jadual frekuensi daripada data soal selidik mendapati secara purata melebihi 69% mahasiswa di institusi pengajian awam sangat berpuashati dan sangat bersetuju serta berpuashati dan bersetuju bagi semua soalan yang ditanya. Dapatan ini mengandaikan terdapat perubahan dalam sikap masyarakat khususnya mahasiswa terhadap penerimaan fatwa. Analisis secara kualitatif menyimpulkan bahawa perubahan ini berpunca daripada penambahbaikan pentadbiran jabatan Mufti di samping pengaruh penggunaan internet dalam penyebaran maklumat berkaitan fatwa.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18120
Appears in Collections:JFMR - Vol. 9, 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persepsi dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Fatwa Negeri Selangor.pdf902.63 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.