Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18163
Title: Amalan Pengurusan Uri (Plasenta) Pasca Kelahiran Dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Hukum Islam
Authors: Mohd Anuar Ramli
Nur Kamilah Kamaruddin
Raihana Abdul Wahab
Keywords: Plasenta
tradisi kelahiran
masyarakat Melayu
kepercayaan
khurafat
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Menguruskan uri merupakan salah satu adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman. Sebahagian amalan dan tatacara dalam menguruskan uri tersebut melibatkan unsur kepercayaan tertentu. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan tentang analisis amalan pengurusan uri dalam masyarakat Melayu menurut perspektif hukum Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan temu bual bidan kampung yang terlibat dalam proses menyambut kelahiran bayi. Data-data yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara induktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian daripada amalan pengurusan uri dalam tradisi masyarakat adalah selari dengan syariat Islam, manakala sebahagian yang lain pula bercanggah dengan Syarak. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah berhati-hati dalam mengamalkan sebarang adat tradisi dan kepercayaan agar tidak terjerumus ke kancah khurafat.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18163
Appears in Collections:JFMR - Vol. 15, 2018



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.