Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/3187
Title: The Appointment and Functions of Hakam (Arbitrator) in Islamic Family Law: A Case Study in Malacca
Authors: Sharaliza Talim
Keywords: tes FSU 2004 .S538
Family--Islamic law
Arbitrators
Issue Date: 23-Jun-2010
Abstract: Menurut kajian, manusia memang memerlukan tempat bergantung untuk mencari penyelesaian terutama sekali apabila berhadapan dengan konflik antara individu. Kajian ini merupakan satu kajian tentang perlantikan dan fungsi hakam di dalam membantu menyelesaikan konflik pasangan suami isteri. Kajian ini bertujuan antaranya untuk memberi gambaran yang jelas berkaitan konsep perlaksanaan hakam dan segala syarat yang diperlukan. Ia juga untuk mengenalpasti bagaimana langkah terbaik agar hakam ini dapat diaplikasikan dan mencapai objektif yang disasarkan. Sementara itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perlaksanaan hakam ditempat kajian kes dan permasalahan yang timbul. Untuk memperolehi data dan maklumat, beberapa kaedah kajian telah digunakan. Diantaranya ialah melalui temuramah secara personal dengan pihak yang terlibat di dalam mengimplementasikan sistem hakam di negeri Melaka. Selain itu, melalui pemerhatian dan pemerolehan data dari pihak yang berkuasa. Hasil dari kajian mendapati bahawa peri pengtingnya hakam ini wujud di dalam membantu mengurangkan kadar percerain. Ia dapat dibuktikan bahawa perlaksanaan hakam memberi ruang kepada pasangan suarni isteri untuk membuat pertimbangan dan keputusan sewajarnya. Ini dapat mengelakkan ketidakpuasan hati dibelakang hari kelak. Dapatan dari hasil kajian telah menunjukkan reaksi positif ke atas penggunaan hakam ini sebagai wadah untuk membantu mengurangkan kadar kes perceraian dan mengurangkan beban kerja di mahkamah syariah.
URI: http://10.13.100.11/xmlui/handle/123456789/3187
Appears in Collections:Fakulti Syariah dan Undang-Undang



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.