Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/5263
Title: Strategi Daya Tindak Versi Bahasa Melayu
Authors: Salhah Abdullah
Sapora Sipon
Dini Farhana Baharudin
Faculty of Leadership and Management
Keywords: Coping strategies inventory
Adjustment (Psychology)
Issue Date: 2011
Abstract: Kajian ini bertujuan membuat adaptasi kepada Coping Strategies Inventory (CSI) iaitu Inventori Strategi Daya Tindak (ISDT) kepada Bahasa Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kebolehpercayaan inventori dengan menggunakan kaedah terjemahan semula bersesuaian dengan budaya Malaysia. kepada pelbagai kumpulan masyarakat Malaysia yang mengalami tekanan. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar di sebuah sekolah menengah untuk kajian rintis dan 140 remaja perempuan dari dua buah Pusat Pemulihan Akhlak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keputusan yang didapati adalah konsisten dengan kajian lalu oleh pengkaji di Sepanyol. Ciri-ciri psikometrik menunjukkan dapatan yang menarik kerana lapan faktor daripada 40 item setelah diuji oleh pengkaji di Sepanyol juga menunjukkan nilai pengkali alfa Cronbach yang tinggi bagi lapan faktor di antara .61 hingga .76. Nilai alfa Cronbach bagi ISDT yang tinggi iaitu 0.93 menunjukkan kesesuaian inventori ini digunakan. Inter-korelasi konvergen matrik digunakan bagi menguji kesahan juga menunjukkan pekali Pearson positif yang signifikan di antara r=0.15 hingga r= 6.6. Akhir sekali ujian korelasi Pearson juga dijalankan kepada pengukuran psikologi Penghargaan Kendiri. Walau bagaimanapun, keputusan mendapati korelasi positif yang lemah (r=.244) antara SDT dan Penghargaan Kendiri. Kebolehpercayaan bagi ISDT dibincangkan bagi kegunaan menguji strategi daya tindak dalam pelbagai situasi stres.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5263
Appears in Collections:PERKAMA International Convention 2011

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
2 Strategi Daya Tindak Versi Bahasa Melayu.pdf156.84 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.