Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/678
Title: Kajian Bandingan Ayat Namaan Bahasa Arab - Bahasa Melayu
Authors: Wan Moharani Mohammad
Muhammad Marwan Ismail
Keywords: Contrastive linguistics
Comparative linguistics
Arabic language--Semantics
Malay language--Semantics
PJ6184 .W36 2008
Issue Date: 17-Mar-2009
Abstract: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi,Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan yang menciptakan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan sesiapa sahaja yang mengikut tunjuk ajar baginda ke hari akhirat. Kajian bandingan merupakan suatu kajian antara dua bahasa atau dua dialek. Matlamatnya adalah untuk manganalisis perbezaan dan persamaan antara kedua-dua bahan kajian. Ia penting dalam proses pengajaran bahasa terutamanya dalam pengajaran bahasa asing serta memudahkan proses penterjemahan. Pelbagai aspek boleh disentuh dalam kajian bandingan sebegini seperti pembentukan struktur ayat betul yang merupakan satu aspek penting dalam kajian sintaksis dan bahasa itu sendiri. Buku "Kajian Bandingan Ayat Namaan Bahasa Arab-Bahasa Melayu" ini merupakan satu usaha untuk memaparkan perbezaan dan persamaan antara ayat namaan (jumlah ismiyyah)bahasa Arab dan bandingannya dalam bahasa melayu. Buku ini dimulakan dengan perbicaraan tentang kajian bandingan bahasa secara ringkas yang menyentuh takrifnya, kedudukannya dalam linguistik serta kepentingannya. seterusnya dibicarakan pula gambaran am ciri-ciri umum bahasa Arab dan bahasa Melayu serta penggolongan perkataan dalam kedua-dua bahasa. Antara ciri-ciri umum bahasa Arab ialah al-I'rab, gender, bilangan, unsur masa dan keserasian. Antara ciri-ciri utama bahasa Melayu pula ialah unsur tertib, gender, bilangan, masa dan penggandaan. Perkataan dalam bahasa Melayu biasanya dibicarakan dan diklasifikasikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala perbicaraan penggolongan perkataan dalam bahasa Arab tertumpu kepada tiga kelompok iaitu:- al-ism (kata nama), al-fi'l (kata kerja) dan al-harf (praktikel). Tumpuan diberikan kepada analisa bentuk subjek dan prediket yang merupakan unsur utama dalam ayat namaan dalam bahasa Arab serta bandingan dalam bahasa Melayu, untuk mendapatkan persamaan serta perbezaan bentuk subjek dan predikat dalam kedua-dua bahasa. Hukum ayat namaan bahasa Arab dan bandingan dalam bahasa Melayu turut dianalisa untuk mendapatkan persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bahasa. Seterusnya cadangan penggunaan hasil kajian bandingan ini dalam bidang pembelajaran, penulisan dan penterjemahan dikemukakan dalam bab yang terakhir. Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada lima bab seperti berikut: Bab 1 Kajian Bandingan Bab 2 Cari-ciri Bahasa Melayu Dan Bahasa Arab Bab 3 Bandingan Binaan Subjek Predikat Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu Bab 4 Hukum Ayat Namaan Bahasa Arab Dan Bandingannya Dalam Bahasa Melayu Bab 5 Cadangan Aplikasi Hasil Analisis Bandingan
URI: http://hdl.handle.net/123456789/678
ISBN: 9789832950714
Appears in Collections:Malay

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian Bandingan Ayat Namaan B.Arab - B.Melayu2.pdf446.72 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.