Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/9886
Title: Pelaksanaan Pengagihan Zakat Kepada Asnaf Ar-Riqab Di Malaysia
Authors: Ab Rahman, Azman
Rosman, Arieff Salleh bin
Ab Rahman, Muhamad Firdaus
Keywords: Ar-Riqab,
Perhambaan,v
Perluasan,
Konsep
Issue Date: 29-Apr-2014
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kajian ini bagi menganalisis isu kedudukan ar-riqab sebagai penerima zakat di Malaysia dalam konteks masa kini. Realiti sistem perhambaan individu seperti yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah tidak berlaku di zaman moden. Persoalannya, adakah bahagian golongan ’fi al-riqab’ yang dinyatakan dalam ayat 60 surah at-taubah sudah tidak relevan pada zaman moden kini. Adakah kita masih perlu berpegang kepada takrifan hamba mukatab atau hamba sahaya sahaja? Atau adakah boleh diperluaskan konsep dan interpertasi asnaf ar-riqab bersesuaian dengan keadaan semasa dan setempat?.Justeru, objektif kajian ini bagi mengenalpasti definisi sebenar asnaf ar-riqab menurut ulama’ dulu dan kini termasuk fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya, menilai kedudukan asnaf ar-riqab sebagai penerima zakat di negeri-negeri di Malaysia serta mengenalpasti golongan-golongan lain yang boleh dikategorikan di bawah asnaf ar-riqabmenepati realiti masa kini. Metodologi kajian dilakukan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah, dan reka bentuk kajian kes Penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil penyelidikan menunjukkan takrifan dan pengagihan asnaf riqab harus diperluaskan berdasarkan pandangan Muhamaad al-Syaltut dan Sayyid Rasyid Rida.
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9886
ISBN: 978-967-5852-25-1
Appears in Collections:Seminar Waqf Iqlimi 2014

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan Pengagihan Zakat Kepada Asnaf Ar Riqab Di Malaysia.pdf228.92 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.