USIM Photo Gallery
Permanent URI for this community
Browse
Browsing USIM Photo Gallery by Issue Date
Results Per Page
Sort Options
-
ItemPendaftaran Kumpulan Pertama Pelajar KUIM( 2000-06-18)Pendaftaran kumpulan pertama pelajar KUIM pada 18 Jun 2000 bertempat di lokasi sementara iaitu di Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur.
-
ItemMajlis Ikrar Kumpulan Pertama Pelajar KUIM( 2000-06-24)Pada 24 Jun 2000 telah diadakan majlis ikrar kumpulan pertama pelajar KUIM. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir dengan disaksikan bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, serta pegawai-pegawai kanan KUIM.
-
ItemSambutan Ulang Tahun Pertama KUIM( 2001-06-30)Pada 30 Jun 2001 telah berlangsung majlis sambutan ulang tahun KUIM yang pertama. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor disambut oleh Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah serta staf KUIM.
-
ItemBengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM( 2001-07-16)Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM pada 16 dan 17 Julai 2001 bertempat di Maluri Value Inn, Kuala Lumpur. Bengkel dua hari ini bertujuan untuk menghasilkan cadangan pelan susun atur kampus tetap KUIM yang bakal dibangunkan di daerah Nilai, Negeri Sembilan.
-
ItemPemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIM Yang Pertama( 2001-11-26)Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIM yang pertama bagi Sesi 2001/2002 telah berlangsung pada 26 November 2001. Proses pengundian telah berjalan lancar sepanjang tempoh 5 jam bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada tepat jam 2.00 petang. Proses pengiraan undi telah dijalankan mulai jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Peratusan pelajar yang keluar mengundi direkodkan sebanyak 97.4% daripada 805 pelajar berdaftar.
-
ItemTulisan Khat Terpanjang (Malaysian Book of Records)( 2002-07-06)Pada 6 Julai 2002, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah melakar sejarah apabila sekumpulan pelajar seramai 20 orang mengambil masa selama 270 jam untuk menghasilkan rekod Malaysia dengan membuat Tulisan Khat Terpanjang. Kaligrafi khat sepanjang 276 meter telah dicatatkan dalam The Malaysian Book of Records.
-
ItemUpacara Pecah Tanah Kampus Tetap KUIM( 2002-08-22)Upacara pecah tanah kampus tetap Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 22 Ogos 2002. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
-
ItemMalam Perdana Siswa 2002( 2003-01-11)Pada 11 Januari 2003, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Asrama (JAKSA) sesi 2001/2002 telah mengadakan majlis Malam Perdana Siswa di padang Sekolah Menengah Pandan Indah, Ampang, Selangor. Ianya merupakan aktiviti tahunan asrama melibatkan seluruh warga mahasiswa KUIM. Antara tujuan utama penganjuran program ini bagi melatih mahasiswa KUIM tentang aspek atau tatacara penganjuran majlis di samping memberi pengiktirafan atau anugerah kepada pelajar aktif dalam aktiviti dan program di asrama. Jemputan kira-kira 1300 orang turut disertai oleh pengurusan tertinggi dan kakitangan KUIM serta jemputan luar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIM.
-
ItemMajlis Perasmian Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)( 2003-05-26)Majlis perasmian Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah berlangsung pada 26 Mei 2003 bertempat di Palace of Golden Horses Hotel, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Brigadier Jeneral (B) Dato' Seri Abdul Hamid Hj. Zainal Abidin.
-
ItemMajlis Santapan Sempena Pemasyhuran Perlantikan Tuanku Canselor dan Konvokesyen Pertama KUIM( 2003-08-08)Majlis Santapan Sempena Pemasyhuran Perlantikan, Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin sebagai Tuanku Canselor KUIM yang pertama bersekali dengan Konvokesyen Pertama KUIM di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Turut berangkat Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman serta turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, serta pegawai-pegawai kanan KUIM.
-
ItemMajlis Konvokesyen Pertama KUIM( 2003-08-09)Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menempa sejarah pada 9 Ogos 2003 kerana buat julung kalinya melahirkan graduan sulung bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pada majlis konvokesyen ini, KUIM telah menganugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kepada 236 graduan sulung bagi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman, Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam.
-
ItemMajlis Ucapan Dasar Dan Penyerahan Watikah Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2003/2004( 2003-09-18)Berlangsung Majlis Ucapan Dasar dan penyerahan watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2003/2004 pada 18 September 2003 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Rektor. Penyerahan watikah oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin kepada barisan MPP yang dilantik, diketuai oleh YDP saudara Nisar Mohammad Ahmad, pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).
-
ItemNational Seminar In Islamic Banking & Finance (iBAF) 2004( 2004-03-02)Pada tarikh 2 hingga 3 Mac 2004 telah berlangsung National Seminar In Islamic Banking & Finance (iBAF) buat kali pertama di Hotel Marriott, Putrajaya. Program anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat ini telah dirasmikan oleh Pengerusi KUIM, YBhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor. Seminar yang bertemakan "Global Challenges & Competitiveness Of Malaysian Financial Institutions" ini menampilkan ahli panel dari industri perbankan dan para pensyarah universiti tempatan yang membentangkan kertas kerja mengenai potensi serta cabaran industri kewangan Islam di negara ini.
-
ItemMajlis Jasamu Dikenang Prof. Dato' Dr. Abdullah Muhammad Zin( 2004-06-08)Pada tarikh 8 Jun 2004, bertempat di Bilik Dewan Kuliah 3, Kampus Pandan Indah telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan YB. Prof. Dato' Dr. Abdullah Muhammad Zin, Timbalan Rektor KUIM. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, pegawai-pegawai kanan serta para pensyarah dan kakitangan KUIM.
-
ItemWacana Khas INFAD 2004( 2004-06-26)Pada 26 Jun 2004, bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur telah berlangsung sesi wacana khas INFAD bertemakan "INFAD, Kini Dan Masa Depan". Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi LPU KUIM, YBhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor dan dihadiri oleh para mufti negeri seluruh negara.
-
ItemPerasmian Sambutan Bulan Membaca Julai 2004( 2004-07-07)Pada 7 Julai 2004 telah diadakan acara perasmian Sambutan Bulan Membaca Julai 2004 bertempat di Perpustakaan KUIM. Majlis telah dirasmikan oleh Rektor KUIM, YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Turut hadir Ketua Pustakawan En. Jasmin Jaimon, para pustakawan, pembantu perpustakaan, staf akademik dan pentadbiran serta para pelajar. Sambutan bertemakan "baca@gayahidup Ilmuwan" ini mendapat sambutan yang baik daripada seluruh warga KUIM.
-
ItemMajlis Konvokesyen Kedua KUIM( 2004-08-21)Pada 21 Ogos 2004, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Kedua KUIM bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pada majlis konvokesyen kali ini, KUIM telah menganugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kepada 529 graduan bagi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman, Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam.
-
ItemSeminar Kebangsaan Masyarakat Cina Dan Perkembangan Islam Di Malaysia( 2004-10-05)Pada 5 Oktober 2004 telah berlangsung sesi Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina Dan Perkembangan Islam Di Malaysia anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Program julung kali ini bertempat di Hotel Equatorial, Bangi telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj Shafie Hj Mohd Salleh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Timbalan Rektor Akademik KUIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, tokoh akademik dan masyarakat, para pensyarah dan pelajar.
-
ItemMajlis Menandatangani Perjanjian Kampus Tetap KUIM( 2004-10-11)Pada 11 Oktober 2004 telah diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kampus Tetap KUIM. Majlis telah dipengerusikan oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin.
-
ItemSeminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004( 2004-12-16)Pada 16 hingga 17 Disember 2004, telah berlangsung program Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI). Program dua hari ini dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) KUIM bertempat di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Rektor KUIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin manakala penutup oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) KUIM. Antara tokoh yang diundang untuk membentangkan kertas kerja seperti Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Dr. Mohamad Akram Laldin dan Prof. Madya Dr. Younes Soualhi.